Sistem Pengenalan ISO 6346

Kod pemilik

Kod pemilik terdiri daripada 3 huruf besar untuk menunjukkan pemilik atau pengendali prinsipal kontena tersebut. Kod ini perlu didaftarkan dengan Biro Kontena Antarabangsa di Paris untuk memastikannya unik di seluruh dunia.

Pengenal pasti kategori perkakasan

Pengenal pasti kategori perkakasan terdiri daripada satu daripada 3 abjad latin seperti di bawah:

  • U untuk semua kontena pengangkutan
  • J untuk perkakas kontena yang boleh ditanggal
  • Z untuk treler dan casis

Nombor siri

Nombor siri terdiri daripada enam digit yang ditentukan oleh pemilik atau pengendali, yang unik dan tidak sama dengan nombor siri kontena lain milik pengendali.

Digit semak

Digit semak terdiri daripada satu digit yang mengesahkan ketepatan perakaman dan transmisi kod pemilik dengan nombor siri.

Langkah pengiraan 1

Satu angka ditentukan kepada setiap abjad latin, bermula dengan angka 10 untuk abjad A ( angka 11 dan semua gandaannya diabaikan) :

ABCDEFGHIJKLM
10121314151617181920212324
NOPQRSTUVWXYZ
25262728293031323435363738

Setiap digit nombor siri memegang nilai pengangkanya.

Langkah pengiraan 2

Setiap angka yang dikira di langkah pertama didarabkan dengan 2posisi, yang mana "posisi" adalah eksponen kepada asas 2. "Posisi" bermula dari 0, dari kiri ke kanan.

Jadual di bawah menunjukkan faktor pendaraban:

1. nbr2. nbr3. nbr4. nbr5. nbr6. nbr7. nbr8. nbr9. nbr10. nbr
20212223242526272829
1248163264128256512

Langkah pengiraan 3

a) Tambah semua keputusan dalam langkah 2
b) Bahagikan dengan 11
c) Buang semua digit perpuluhan hasil kiraan b) (i. e. tukarkan kepada nilai integer)
d) Darabkan nilai integer tersebut dengan 11
e) Tolakkan hasil kiraan d) dari hasil kiraan a) = Ini adalah digit semak!

Jika perbezaan terakhir adalah 10, maka digit semaknya akan menjadi 0. Untuk mengelakkan ini, piawai menyarankan nombor siri yang menghasilkan perbezaan akhir 10 tidak digunakan, tetapi terdapat kontena di pasaran yang tidak mengikut saranan ini, jadi jika kalkulator digit semak diprogramkan, cara mengendalikan kes sebegini perlu dimasukkan.

Perlu diingatkan yang langkah b) ke e) adalah bertujuan mencari integer hasil dari pembahagian a) dengan 11. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan mempunyai operator modulo untuk ini. Perhatian perlu diberikan kepada persoalan bagaimana ianya bekerja dalam bahasa yang dipilih; i. e. jika ia memberikan balik hasil tanpa titik perpuluhan atau integer untuk mendapatkan hasil yang wajar. - 11 digunakan sebagi pembahagi kerana nombor kontena mempunyai 11 jumlah digit. Dalam langkah 1, angka 11,22 dan 23 diabaikan kerana ia adalah gandaan kepada pembahagi.

Contoh

CSQU305438Kiraan
13302832305438
xxxxxxxxxx
1248163264128256512
==========
136011225648032051276840966185 [a)]
b) Dibahagikan dengan 11:562.272...
c) Buang digit perpuluhan:562
d) Darabkan dengan 11:6182
e) a) tolak d) = Digit semak:3

Masalah praktikal

Dalam urusan harian, kita akan sentiasa terjumpa kontena yang tidak mengikut langsung pengenalan ISO 6346l, bagaimanapun ia adalah kontena yang disahkan oleh piawai keselamatan CSC. Selalunya kontena ini adalah "milik pengirim" yang bermaksud ianya bukan dimiliki oleh syarikat perkapalan tersebut, tetapi oleh pemilik kargo (pengirim). Ia mungkin tidak memiliki kod pemilik berdaftar, tiada pengenal pasti kategori dan tiada digit semak. Umumnya, adalah tidak digalakkan untuk tidak mengikuti ISO 6346 kerana ia akan menyebabkan banyak masalah kepada syarikat perkapalan dan terminal kontena untuk mengenal pasti dengan tepat perkakasan itu dan menghantar kargo itu dengan baik. Sistem komputer memerlukan penamaan selaras ISO 6346, dan jika awalan nombor (empat huruf latin) itu tiada dan awalan palsu dibuat contohnya YYYY di terminal dan XXXX di syarikat perkapalan, akan terjadi ketidakseragaman dan menyukarkan pengenalan kontena tersebut.